sakit??
sudah aku terbiasa dengannya...
selang sebulan, sakit ku datang lagi...
mungkin dosa2 silamku terlalu banyak
dan ALLAH hadiahkan aku sakit ini untuk
menghapuskan dosa dosaku..
redha??
ya, kadangkala mgkin manusia tertanya2..
mengapa mereka dihadiahkan sakit itu sedangkan
kesihatan amat diperlukan untuk meneruskan
kelansungan hidup..
aku redha ketentuan aku dikurniakan
sakit yang sebegini rupa..
hidupku bersama sakit ini membuatkan aku
semakin mendekatiNYA..
nikmat??
ya, sakit itu juga nikmat dan rahmat ALLAH..
kadangkala aku singkap kembali masa sihatku..
sakit ini dugaan kecil untukku semata mata..
dengan ini barulah aku bersyukur nikmat sihat
yang pernah aku kecapi waktu itu...
terlalu banyak pelajaran yang aku kecapi
daripada dugaan ini..
sakit itu rahmat ALLAH..
sakit juga menunjukkan ALLAH masih
sayang akan aku..
hari ini aku tiba tiba airmata aku mengalir..
entah mengapa..
mungkin aku terlalu rindu utk menangis..
mungkin juga kerana sakit ini..
sakit yang belum lagi sembuh dan kian
kurasakan demi hari...
bukan aku mengalah tp aku cuma
ingin melepaskan lelah...
nikmat diri ini telah kau ambil sedikit..
Ya ALLAH, moga KAU ganti dengan rahmatMU...
Cukup lama untuk aku mendidik diri
menerima apa yang dihadapi.
Memujuk diri untuk belajar menerima takdir ALLAH.
Sungguh , aku redha dan mensyukuri akan ujian ini.
“ Ya ALLAH, Engkaulah yang diharapkan untuk menggantikan dengan yang terbaik. Tangan-Mu lah yang dapat mengganti sesuatu yang telah rosak. Perbuatlah sekehendak Mu terhadap ku. Kerana sesungguhnya segala yang ada padaku adalah hak Mu semuanya..”
ALLAH is enough for me~
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya kemana menghilangnya sinar, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

No comments:
Post a Comment