10/4/09

maDaH2 cHenTa


Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila
jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.
Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi
sebagai penenang.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai
kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh
hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi
kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi
sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu
dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ... terimalah
kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu
titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya
air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki
tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab
titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki
yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi
saya berlalu begitu sahaja."

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg
bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita
tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali
daripada standard itu.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun
akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai
kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal
mendatang.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana
akibatnya hanya anda yang akan sengsara; bukan orang
lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup
ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup
menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu
disedari. Apabila anda bercinta... ... Ia bukan
'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda
memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu
dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk
anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah
untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk
anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2
atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai


People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel

No comments:

Post a Comment